3 Feb 2017

NAMAKU BEDAH, MENIPU KERANA MALU NAMA SEBENAR


NAMAKU Bedah mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah, malah dijadikan bahan ejekan. 

Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. 




Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis.

Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. 




Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya. 

Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Ibunya, Hamidah menentang keras keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin. 



Namaku Bedah
Episod: 20
Hari: Selasa hingga Ahad
Masa: 8.30 Malam
Saluran: TV9 (Slot Kelakarama)
Terbitan: Tanah Beris Sdn Bhd
Pengarah: Shuhaimi Lua
Pelakon: Aishah Azman, Syainie Aida, Niezam Zaidi, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris dan Razak Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan