16 Feb 2017

MEMO CERGAS, GAYA HIDUP SIHAT


MENGAJAK masyarakat menjalani gaya hidup sihat, Memo Cergas mengundang selebriti tempatan berkongsi amalan gaya hidup sihat cara mereka sendiri. 

Bukan itu sahaja sebaliknya turut dikongsikan bersama penonton demonstasi senaman dan penyediaan makanan sihat yang ringkas dan boleh dilakukan di mana sahaja pada bila-bila masa. 

Program santai 13 episod yang menampilkan hos Norman Hakim ini turut mengundang Dr Ezani Monoto bagi segmen makanan sihat dan Mah Kit Wai atau lebih dikenali Kit Mah bagi segmen kecergasan fizikal.

Pelbagai alasan diberikan untuk melakukan senaman, namun segmen demonstrasi senaman bersama jurulatih Kit Mah pastinya membuatkan penonton teruja mahu melakukannya tanpa rasa terbeban dan juga melibatkan kekangan masa. 

Luangkan masa melakukan regangan yang perlu dilakukan untuk memanaskan badan sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan. Ini adalah penting untuk mengelakkan kecederaan. Turut dikongsikan senaman untuk mengempiskan perut, menguatkan otot lutut dan membina badan yang segak. 

Beberapa senaman lain termasuklah untuk mengurangkan lemak di bahagian peha, senaman yang boleh melegakan sakit pinggang juga senaman bagi membentuk punggung yang cantik disamping menguatkan otot perut.

Chef Ezani tampil menerusi segmen demonstrasi penyediaan makanan sihat yang mudah dan ringkas namun menyihatkan. Pastikan anda mencuba resepi sarapaan pagi dan minuman termasuklah menu Mediterranean yang lazat lagi sihat, nasi ulam, lempeng oat, smoothie buah-buahan tropika, poached egg dan roti bakar avokado.

Antara selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat bersama artis jemputan, Risteena Munim, menceritakan usaha yang dilakukan olehnya untuk meningkatkan berat badan kerana beliau terlalu kurus. 

Qazem Nor pula memberitahu bagaimana beliau dapat membentuk badan yang segak dengan kerap pergi ke gimnasium, Pushpa Narayan bercerita bagaimana beliau mengamalkan gaya hidup sihat.

Manakal Akmal Nazri, seorang pelakon muda, berkongsi tentang aktiviti fizikal yang dijalankan untuk menjaga ketrampilan dan kesihatannya. 

Turut diketengahkan kisah Raja Ilya yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, bersukan dan sebagainya untuk meningkatkan stamina dan jaga kesihatan,.

Begitu juga dengan selebriti contoh yang menjaga kesihatan dan mengamalkan senaman berterusan yang iaitu Arja Lee dan Julia Ziegler yang membongkar tip-tip kesihatan yang diamalkan beliau. 


Memo Cergas
Episod:13
Hari: Sabtu
Masa: 6.00 petang
Saluran: TV1 
Pengacara: Norman Hakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan