5 Feb 2017

KAMAL KAMALIA, KISAH CINTA DUA DARJAT


KISAH perbezaan dua darjat dalam percintaan seringkali menjadi pilihan diketengahkan sebagai plot yang melatari drama mahu pun filem yang disiarkan kepada penonton. 

Ternyata kisah-kisah begini diterima penonton tambahan pula jika jalan cerita yang ditonjolkan turut diselitkan dengan konflik yang tidak terduga membuatkan penonton mahu terus menonton kesudahan kisah tersebut.

Kongsikan perjalanan kisah Shah yang tidak mempunyai kekasih telah didesak oleh keluarga untuk cepat mencari jodoh dan Shah akhirnya telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah Cafe. 



Shah telah cuba sedaya upaya untuk memikat hati Kamalia hingga berjaya dan kemudiannya memujuk Kamalia untuk berjumpa dengan keluarganya. Malangnya ayah Shah tidak bersetuju dengan pilihan Shah kerana Kamalia bekerja sebagai pelayan Cafe. 

Penghinaan itu menyebabkan hati Kamalia terguris lalu meninggalkan keluarga Shah biarpun Shah cuba memujuknya sepenuh hati. 


Kamal Kamalia
Tarikh Siaran: 7 Februari 2017
Hari: Selasa
Masa: 10.00 Malam
Saluran: TV2 (Slot Citra)
Terbitan: Global Station
Pelakon: Zara Zya, Aiman Hakim Redza, Kuza, Arash Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan