18 Feb 2017

JANET KHOO, DILEMA ISTERI MUALAF DIMADU


BETTY merupakan  isteri kedua yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menguasai suaminya, Herman. Madunya seorang mualaf bernama Izy yang pada mulanya menentang keras hasrat Herman berkahwin lain terpaksa akur dengan kehendak suaminya itu. 

Herman meyakinkan Izy bahawa cinta dan keutamaannya terhadap Izy takkan berubah. Akhirnya Herman sah mengahwini Betty. Sejak itu bermula kisah hidup Izy yang dirundung duka dengan sikap Herman yang lebih mementingkan isteri barunya. 

Namun yang lebih melukakan hatinya apabila anak lelakinya, Chad meyokong tindakan ayahnya berkahwin lain. Baginya Herman mampu berkahwin lain dengan kekayaan yang ada. Tanpa memikirkan perasaan ibunya, Chad rela memenangkan ayahnya kerana dia tahu sekiranya dia berpihak pada Herman segala kekayaan Herman akan jatuh padanya. 

Lalu cuma kepada Dinie, anak perempuannya tempat Izy mengadu dan berkongsi lara hatinya berdepan dengan sikap bermuka-muka Betty. Dinie faham akan perasaan ibunya yang dimadukan namun tidak mampu berbuat apa-apa. Dia masih belajar dan hanya mampu mendengar masalah Izy sedangkan dalam hati dia begitu menentang tindakan ayahnya.

Kemuncaknya apabila Herman bertindak menceraikan Izy akibat angkara dicetuskan Betty. Betty menuduh Izy menjalinkan hubungan dengan Fidz dan tanpa berfikir panjang Herman menganggap Izy curang. 

Obor Obor
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 3.00 Petang
Saluran: TV2 
Pelakon: Emelda Rosmila, Janet Khoo, Arash Mohamad, Zain Saidin, Almy Nadia, Skakila Khoriri, Fiza Halim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan