23 Feb 2017

INSPIRASI & IDEA BAGI TIP DEKO KEDIAMAN


RUMAH bergaya, visual yang menakjubkan, hiasan dan trend terkini, juga idea menghiburkan yang memberi inspirasi. Dapatkan idea dan tip kediaman ini menerusi program Inspirasi & Idea yang bakal memberi inspirasi  kepada penonton untuk menghias ruang rumah kediaman.

Menerusi episod pengenalan mengetengahkan paparan kisah Melayu Urban yang menceritakan ilham kediaman tradisi melayu merentas masa dan gaya hidup masa kini. Bagaimana aliran semasa disuntik dengan elemen melayu agar tidak pudar dari semasa ke semasa dan kekal hidup dalam arus trend masa kini. 

Beberapa usaha telah dilakukan antaranya tuan rumah dalam segmen Inspirasi Ruang yang menggabungkan elemen moden, klasik dan melayu dalam satu ruang.

Seterusnya dalam segmen Sentuhan Peribadi memberikan kita ilham bagaimana perhiasan pusaka atau perhiasan lama boleh kita simpan, pelihara dan abadikan sebagai sebahagian daripada hiasan masa kini.

Tidak kurang menariknya segmen Identiti mencari jawapan ke mana arah tata hias dan kesenian melayu dalam arus masa kini. Pereka pilihan Dean Daud diajukan soalan agar khalayak sama-sama mendapat inspirasi untuk masyarakat menyesuai pada elemen kesenian melayu dalam seni hias kediaman mereka.

Ikuti episod menarik antaranya Apartmen Kompak, di mana hos berkongsi tip bagaimana menghias ruang yang terhad menjadi ilusi ruang yang luas. Episod ini pastinya berguna kepada pemilik rumah apartmen yang mahu kan kediaman mereka tampak kemas dan selesa. 

Episod Moroccan pula membawa penonton mengikuti perkembangan semasa bagi mereka yang memilih konsep Morocco dalam menghias kediaman mereka dari sudut senibina, aksesori mahu pun pilihan warnanya. 

Dalam pisod Urban Oriental tidak kurang menariknya memberikan inspirasi dari China, Korea, dan Jepun yang menggabungkan elemen moden dan oriental. Saksikan banyak lagi tip berguna secara percuma dengan mengikuti keseluruhan 13 episod program ini. 



Inspirasi & Idea
Episod:13
Hari: Rabu
Masa: 12.00 Tengahari
Saluran: TVi (Astro 180) 
Pengacara: Nadia Nash, Aznol Hadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan