12 Feb 2017

FASHA SANGGUP KORBANKAN RAMBUT DEMI BADANG


FASHA Sandha membuktikan komitmennya dalam tanggungjawab lakonan menerusi kesanggupannya mengorbankan rambut cantiknya demi memenuhi watak yang dilakonkan untuk filem terbarunya, Badang.

Menurut pelakon yang cukup dikenali dengan sikap displin yang tinggi ini, sepatutnya dia perlu membotakkan kepalanya untuk watak tersebut. Namun apabila memikirkan sensitiviti peminat dan masyarakat, Fasha membuat perbincangan dengan pengarah dan akhirnya memutuskan untuk tidak membotakkan kepala sebaliknya memotong pendek rambutnya.




Fasha membuktikan dia serius dengan apa yang dilakukan dalam kerjaya seninya dan sikap seperti inilah yang seharusnya dicontohi oleh pelakon-pelakon baru yang lain yang rata-ratanya hari ini semuanya mahu 'control ayu' di depan kamera.

Hal ini menjadikan kami di Read8Space tidak sabar untuk menunggu filem terbaru arahan Prof A. Razak Mohaideen masuk pawagam nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan