11 Feb 2017

ERIN MALEK TIMANG ANAK KEDUA


PELAKON Erin Malek selamat bersalin anak keduanya,  pada hari Jumaat lalu, 10 Februari, jam 4.25. Berita gembira ini dikongsikan Erin atau nama lengkapnya, Nur Arina Abdul Malek, 23, di laman Instagram dengan memuatkan gambar pertama cahaya mata keduanya itu bersama suami, Mohamed Farriz dan anak sulungnya, Faliq.

Erin turut memberitahu, bayi perempuan comelnya ini diberi nama Nur Aisha binti Mohamed Farriz. Perkhabaran gembira ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat dan rakan taulan Erin.


"Syukur Alhamdulillah. Introducing Faliq's little sister, Nur Aisha binti Mohamed Farriz. She was delivered on the 10th February 2017 at 4.25pm. Thank you for all your prayers.

Tahniah dari kami di Read8Space.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan