10 Feb 2017

ELFIRA LOY, #RINDUKAMPUNG


PROGRAM #RinduKampung Bertemakan tarikan pelancongan melalui paparan pelbagai aspek yang menarik yang wujud di sesebuah kawasan kampung yang terpilih. Program 8 episod ini memberikan informasi berlatarkan lokasi di sesebuah kawasan kampung yang terpilih di bawah program Desa Lestari anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Menariknya Elfira Loy selaku pengacara ‘turun padang’ berkunjung ke tempat terpilih dan menemu bual masyarakat setempat berkaitan dengan pembangunan kampung tersebut daripada aspek pelancongan, aktiviti, penjanaan pendapatan koperasi dan sebagainya. 

Paparan aktiviti yang disediakan serta demonstrasi pembuatan produk dan juga masakan dipaparkan sebagai tarikan tambahan yang wujud di kampung tersebut.

Antara kampung yang dikunjungi Elfira Loy termasuklah Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kampung tersebut telah terpilih di bawah program Desa Lestari, KKLW. Beliau menginap di Homestay Lonek dan kemudian turut serta dalam aktiviti sukan rakyat yang disediakan seperti boling kelapa, tarik upih dan mengoca ikan. 



Lokasi seterusnya ialah Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka. Antara aktiviti semasa penduduk kampung tersebut ialah projek madu kelulut, sewaan jentera pertanian dan penginapan chalet serta perusahaan kuih muih dan kraf tangan yang menjana pendapatan yang lumayan kepada pihak koperasi dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak kementerian.

Episod berikutnya kunjungan ke Kampung Pering, Kodiang, Kedah di bawah program Desa Lestari. Koperasi bersama penduduk kampung terlibat dengan perusahaan tanaman jagung yang menghasilkan kordial jagung serta produk ‘silaj’ makanan ternakan. 

Destinasi seterusnya ialah ke Kampung Paya Guring, Arau, Perlis. Koperasi tersebut terlibat dengan pembangunan perkampungan homestay sebanyak 34 buah bilik, perusahaan madu kelulut, ladang jagung serta jentera pertanian. Elfira juga merasai pengalaman menyulam padi menggunakan kuku kambing yang merupakan tradisi masyarakat dahulu. Ikuti banyak lagi episod menarik dalam program ini.


#Rindu Kampung
Episod: 8
Hari: Ahad
Masa: 12.05 Tengahari
Saluran: TV1 
Pengacara: Elfira Loy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan