11 Feb 2017

DENDAM SEMALAM, MERUNTUN HATI


FARIZAL hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan bersama ibu dan ayah angkatnya. Mereka menyara kehidupan dengan beberapa kerja kampung yang menjana pendapatan yang kecil. Namun, apabila umur Farizal 10 tahun, dia terpaksa berpisah dengan ibu dah ayah angkatnya kerana didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. 

Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. 




Farizal sedih dan mula berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya dan bukan Farizal. Akhirnya, Farizal melarikan diri dari rumah tersebut dan tidak pernah kembali. 

Setelah dewasa, Farizal yang kini dikenali sebagai Hakimi memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi gadis lain iaitu Linda. 




Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak pernah mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat. 

Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu. 


Dendam Semalam
Episod: 20
Hari: Isnin-Khamis
Masa: 2.00 Petang
Saluran: TV3 (Slot Azalea)
Terbitan: MIG
Pengarah: Mohd Azaromi
Pelakon: Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Adibah Yunus, Nina Iskandar, Fadlan Hazim, Esma Daniel, Kuza dan Sasqia Dahuri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan