9 Feb 2017

CINTA SAMAR, PENYAMARAN YANG MEMAKAN DIRI


KISAH Cinta Samar hakikatnya sangat mengharukan sekaligus memberikan inspirasi terhadap semua orang bahawa hidup ini sepatutnya disyukuri dan di nikmati. Seseorang itu mestilah ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana kebahagiaan akan wujud di situ. 
  
Ikuti perjalanan kisah hidup watak Azli tidak tamat pengajian dalam jurusan perancang bandar kerana masalah kewangan. Di sebabkan terlalu minat dengan kereta mewah, dia sanggup untuk menjadi pemandu peribadi kepada seorang kontraktor, Hisham. 

Dua bulan bertugas dia telah menyamar sebagai Pengarah Urusan syarikat ketika Hisham bercuti dan berkenalan dengan Juliana, anak kepada Tan Sri Malik.

Setelah masing-masing jatuh cinta dan berjanji untuk sehidup semati serta dikenalkan kepada Tan Sri Malik, Azli mula rasa bersalah dan menyesal dengan perbuatannya. Dia telah mengaku kepada Juliana yang dia sebenarnya hanya seorang pemandu yang menyamar sebagai ahli perniagaan.

Juliana tidak percaya dan menuduh Azli menipunya dan cuba lari daripada dia. Tan Sri Malik juga tidak percaya berdasarkan penampilan, memandu kereta mewah  dan  mengetahui  banyak  perkara selok  belok  perniagaan  hartanah. Malah Juliana jatuh sakit kerana terlalu kecewa rindukan Azli. 

Azli  memberitahu  Hisham  yang  dia  hendak  berhenti  kerana  rasa  bersalah menyamar dan sekarang Juliana anak Tan Sri Malik terlalu mempercayainya. Hisham tidak membenarkan Azli berhenti malah meminta dia terus menyamar kerana syarikat Hisham sedang melobi kontrak dari syarikat Tan Sri Malik. Malah Hisham sanggup menjadi pemandu kepada Azli.

Akhirnya, Azli dan Hisham saling bertukar-tukar penyamaran bagi mencapai misi mereka. Hisham berjanji akan memberi syer kepada Azli dalam syarikatnya sekiranya berjaya memperolehi kontrak dari Tan Sri Malik.

Cinta Samar
Episod: 26
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: 7.00 Malam
Saluran: TV1 (Slot Widuri)
Pelakon: Amar Asyraf, Syatilla Melvin, Erry Putra, Sharolnizam Noor, Marissa Yasmin, Rahim Jailani, Hafizuddin Fazil, Rosnah Johari dan Aedy Ashraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan