19 Feb 2017

BOLEH TUMPANGKAN SAYA, CARI WARGA PRIHATIN


PROGRAM travelog dan pengembaraan unik, Boleh Tumpangkan Saya? mengambil pendekatan cuba menguji keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu seseorang menuju ke destinasi seluruh negara.

Menariknya, pengacara akan menahan atau cuba menumpang apa juga jenis kenderaan dalam perjalanannya dari Negeri Johor Darul Takzim merentasi 13 buah negeri dalam Malaysia sehingga ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu di mana perjalanan bermula di Tanjung Piai Johor dan berakhir di Hujung Borneo.

Kemampuan dan kecekalan pengacara akan diuji kerana dia hanya berbekalkan beg sandang dan tanda tulisan “Boleh Tumpangkan Saya?” dan perlu mengharungi sepanjang jalan sehingga ada yang sudi menumpangkannya. 


Beliau melawat tempat tempat tertentu di setiap negeri berjalan kaki dan menumpang menaiki basikal, motor, kereta dan lori. Apabila malam beliau mencari orang yang boleh menumpangkan tidur sebelum keesokkan harinya menyambung semula perjalanan. 

Antara episod menarik termasuklah Ebi Kornelis akan menaiki lori ke Kelang dan akan berjalan kaki ke Kuala Selangor untuk melawat Bukit Melawati. Ada juga episod beliau mengembara dari Butterworth menaiki feri ke Pulau Pinang dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Negeri Kedah. Bersama Ebi Kornelis juga perjalanan ditersukan dengan cuba mencari siapa yang sudi menumpangkanya ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. 

Pelbagai lagi insiden menarik berlaku ketika Ebi Kornelis cuba mencari siapa yang sudi menumpangkanya dari sempadan Kedah ke Negeri Perlis.



Boleh Tumpangkan Saya
Episod:13
Hari: Isnin
Masa: 2.30 petang
Saluran: TV1 
Pengacara: Ebi Kornelis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan