20 Feb 2017

BLACK, TOMOK PILIH PROTEGE BERBAKAT UNTUK MENTOR MILENIA 2017


MENERUSI konsert pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 sebentar tadi, Black dan Tomok memilih protege masing-masing bagi melengkapkan persaingan program ini ke peringkat seterusnya.

Black membuat keputusan untuk memilih Nursyaheera Abd Aziz (Syeera) dan Ahmad Nuzul Faiszal (Nuzul) dengan menyingkirkan Mohamad Afif Ikmayahya.

Sementara Tomok pula tanpa ragu mengambil Mohamad Rozaimi Rosli (Along) dan Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qalisya) sebagai protege tanpa Adam Malek Shamsuddin (Adam Malek).




Pemilihan pada minggu kedua ini turut melengkapkan lapan peserta yang bakal berentap pada konsert mingguan yang akan bermula pada 26 Februari depan, pada setiap Ahad, jam 9.00 di Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Terdahulu pada minggu lalu,  Akim memilih Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica) sebagai protege, manakala Hazama pula dengan protegenya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan