18 Feb 2017

BIG LITTLE LIES KEMBALI DI HBO


DI MONTEREY, California, sebuah bandar tepi laut yang nyaman, bukan semuanya seperti kelihatan di permukaan. Ibu-ibu manja, suami-suami yang berjaya, kanak-kanak comel, rumah yang indah: Apakah penipuan yang akan digunakan untuk menjaga dunia sempurna mereka?

Dihuraikan melalui pandangan tiga orang ibu iaitu Madeline, Celeste dan Jane, Big Little Lies menggambarkan sebuah bandar yang didorong oleh khabar angin, dan terbahagi antara golongan yang mewah dan yang kurang berada, mendedahkan konflik, rahsia dan pengkhianatan yang menjejaskan hubungan antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, serta rakan-rakan dan jiran.


Berdasarkan buku nombor satu paling laris disenaraikan oleh New York Times dengan tajuk yang sama oleh Liane Moriarty, Big Little Lies adalah drama yang subversif dengan komedi gelap, yang menenun kisah pembunuhan dan muslihat sambil meneroka mitos kesempurnaan masyarakat serta percanggahan yang wujud di sebalik tanggapan ideal kita tentang perkahwinan, seks, keibubapaan dan persahabatan. 

Tujuh episod siri drama terhad ini akan bermula pada waktu yang sama dengan A.S. pada hari Isnin, 20 Februari jam 10 pagi, dengan waktu ulangan pada hari yang sama jam 9.00 malam, eksklusif di HBO (Astro saluran 411 / 431). Episod baru akan ditayangkan pada setiap hari Isnin. Siri ini juga boleh didapati di Astro On The Go.



Big Little Lies
Episod: 7
Tarikh Siaran: 20 February 2017
Hari: Isnin
Masa: 10.00 pagi
Saluran: HBO (411/431)
Pengarah: Jean-Marc VallĂ©e
Pelakon: Reese Witherspoon, Nicole Kidman dan Shailene Woodley

Tiada ulasan:

Catat Ulasan