3 Feb 2017

BERTEMU PENAWAR DALAM TELEMOVIE SALING,


RTM menyiarkan sebuah telemovie Saling, yang sarat dengan mesej mengisi Slot Tribute P. Ramlee. Penceritaannya bermula dengan watak utama Rawan sangat sayang dan manjakan anaknya. Menjadi bapa tunggal, merapatkan lagi Rawan dengan Umar.  

Suatu hari bekas isteri Rawan iaitu Mahira datang dan mahu bawa Umar ke Kuala Lumpur. Hidup Mahira tidak menentu, namun dia cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk hak penjagaan Umar.

Mahira meletakkan syarat bayaran RM20 ribu jika Rawan tidak mahu kes jagaan anak berpanjangan, sedangkan Rawan hanyalah bekerja sebagai penarik beca.

Sementara itu Melur pula bekerja di sebuah kedai sulaman milik Ma Mailee bersama suami iaitu Kim. Melur tinggal di belakang kedai diberikan oleh Ma Mailee yang menyelamatkan Melur daripada abang tirinya yang tidak bertanggungjawab, Pali. 

Kisah Ajun pula, pemilik kedai gunting rambut lelaki yang baru sahaja mendapat berita tentang kematian kekasihnya. Kedai Ajun tidak jauh dengan kedai Ma Mailee.  

Ketiga-tiga mereka ini punya latar masalah yang menghimpit menduga. Mereka saling bertemu tanpa tahu latar masalah masing-masing namun mendapat penawar tanpa mereka sedari. 


Saling
Tarikh Siaran: 4 Februari 2017
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 Malam
Saluran: TV1 (Slot Tribute P. Ramlee)
Pelakon: Khir Rahman, Aisya Hasnaa, Bell Ngasri, Kazar, Amerul Affendi, Amyza Adnan, Hushairi Husin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan