DEBARAN semakin memuncak! Tahniah kepada Anna, Elica, Usop dan Balqis yang kini berjaya menjadi protégé kepada Akim dan Hazama sekaligus melayakkan diri untuk berjuang di pentas Mentor Milenia 2017!
Para peminat Mentor Milenia 2017 telah menyaksikan pemilihan protégé oleh Akim dan Hazama menerusi Konsert Pengenalan yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Ahad lalu.
Elica, Farhan dan Anna dari pilihan Mentor Akim dan Balqis, Serra dan Usop dari pilihan Mentor Hazama melakukan persembahan mereka buat pertama kalinya demi merebut peluang untuk bergelar protégé.
Bukan mudah bagi Akim dan Hazama untuk membuat keputusan kerana mereka telah menetapkan kriteria yang tinggi untuk musim baharu ini.
Farhan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kepada rakan-rakannya apabila Akim memilih Noor Jannah Abu Hanipah (Anna, 18 tahun) dan Angelica Paujin (Elica, 17 tahun) sebagai protégé.
Perjalanan Serra di pentas Mentor Milenia 2017 juga terhenti setelah Hazama memilih Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop, 20 tahun) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis, 18 tahun) untuk menjadi anak didiknya.
Pada Konsert Pengenalan pertama, para penonton telah dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Akim dan Hazama yang mempersembahkan lagu ‘Seragam Hitam’.
Protege Akim
Noor Jannah Abu Hanipah (ANNA)
18 tahun, Petaling Jaya, Selangor
Angelica Paujin (ELICA)
17 tahun, Tambunan, Sabah
Protege Hazama
Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (USOP)
20 tahun, Lunas, Kedah
Nor Balqis Ahmad Tajudin (BALQIS)
18 tahun. Kemaman, Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Komen