24 Feb 2017

10 RIBU PENGUNJUNG MEMBANJIRI SIRI JELAJAH DFKL 2017 DI PAHANG


SIRI Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 bagi edisi keempat telah bermula. Penjelajahan ke Pantai Timur buat pertama kali ini berlangsung di Berjaya Megamall, Kuantan pada 18-19 Februari yang lepas berjaya mendapat tarikan seramai 10,000 orang. 

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang dua hari tersebut bermula dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang seperti ujibakat bagi Pencarian Bakat Baharu, Pertandingan Sesi Kongsi serta pendaftaran bagi bengkel DFKL 2017. 

Siri Jelajah DFKL 2017 ini turut disertai oleh Raja Afiq DFKL, duta DFKL pada tahun ini. Selain itu, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama barisan selebriti lain seperti Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Syazuwan Hassan DFKL, Acap Tokan dan Zee Tokan.




Lebih 100 orang telah mendaftar di sesi Pencarian Bakat Baru yang disaring oleh Sheila Rusly dan Ellie Suriaty yang juga merupakan speaker bagi kategori lakonan di Bengkel DFKL 2017. Para peserta juga diberikan peluang untuk bergandingan dengan selebriti yang hadir semasa ujibakat itu. 

Sheila Rusly dan Ellie Suriaty berkongsi tip kepada peserta bagaimana untuk memulakan karier sebagai pelakon dan memberi gambaran kepada mereka yang ingin menyertai sesi bengkel DFKL 2017 pada 1-2 April 2017. 

Selain daripada sesi ujibakat, mereka yang mempunyai idea menarik dan kreatif boleh membentangkan cerita mereka untuk diterbitkan sebagai drama menerusi Pertandingan Sesi Kongsi. 




Hampir 50 idea atau cerita menarik yang memenuhi kehendak stesen telah dikongsikan kepada panel yang hadir pada siri jelajah ini iaitu Datuk A.Aida dari A.Aida Production Sdn Bhd. Beberapa idea berjaya disenaraipendekkan dan bakal dipilih untuk terbitan drama atau dibukukan. 

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nazri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, 

“Kami amat puas hati dengan penyertaan dalam Pencarian Bakat Baharu dan Pertandingan Sesi Kongsi di siri jelajah DFKL 2017 yang pertama ini. Selain lakonan, kami juga mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang ingin terlibat disebalik tabir pembikinan drama seperti penulisan skrip dan pengarahan untuk hadir ke siri jelajah ini.  
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutama kepada Sesi Kongsi, dimana mereka berani berkongsi kisah hidup mereka yang relevan dengan tema dan matlamat kita tahun ini iaitu #CeritaKita. 
Siri jelajah ini memberi peluang kepada mereka yang berada di luar Lembah Klang untuk hadir berkongsi idea dan bakat di pentas DFKL 2017. Orang ramai juga boleh mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai objektif utama DFKL ini diadakan.” 



Bagi mereka yang terlepas penjelajahan yang pertama, temui kami di dua lokasi terpilih seperti di bawah : 

4 Mac 2017: Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru (10 pagi – 6 petang)
11 & 12 Mac 2017: Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur (10 pagi – 6 petang)

Siri Jelajah DFKL 2017 seterusnya akan dihadiri oleh beberapa artis hebat seperti Raja Afiq DFKL, Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Amar Asyraf, Acap dan Zee Tokan, Jaja Iliyes DFKL dan juga Niena Baharun. 


Dimeriahkan lagi dengan kehadiran oleh para juri yang berpengalaman iaitu Sheila Rusly dan Azman Hj Yahya (Jinggo) yang juga merupakan speaker bagi Bengkel DFKL tahun ini. Malah, juri bagi Sesi Kongsi Idea, Datuk A.Aida juga akan turut hadir. 

Jangan ketinggalan untuk hadir dan sertai kemeriahan siri jelajah DFKL 2017. Anda boleh layari laman web www.dfkl.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Drama Festival Kuala Lumpur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan