19 Jan 2017

WANITA MALANG, DAN JEJAK KARMILA


SLOT Zehra, menampilkan drama terbaru, Jejak Karmila yang mengisahkan tentang Karmila (Wan Sharmila/Fauziah Dato' Ahmad Daud) dipenjara atas kesalahan membunuh suaminya sendiri, Karim (Johan As’ari) yang sering memukul dan menderanya. 

Namun Karmila tetap tabah bertahan demi anak-anaknya, Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies).  Akhirnya, pada suatu malam yang tragis, Karmila hilang pertimbangan, dan telah menikam suaminya sehingga mati. Karmila dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah membunuh tanpa niat. 




Malang buat kedua anak-anaknya apabila diserahkan di bawah penjagaan Puan Hamidah (Fauziah Nawi), ibu mertua Karmila yang menyimpan dendam terhadapnya, Suraya dan Nonie telah dipisahkan. 

Nonie bernasib baik apabila dia ditemui oleh Syed Zaidi dandibesarkan dengan kasih sayang. Manakala Suraya dibela oleh bapa saudaranya. Suraya berusaha untuk menjejak Karmila dan nekad untuk mencari adiknya Nonie.




Apabila meningkat dewasa, Nonie mula menyimpan perasaan terhadap anak Syed Zaidi iaitu Syed Haikal, walaupun lelaki itu menganggap Nonie seperti adik kandungnya sendiri. Takdir bagai sengaja ingin menguji mereka apabila Syed Haikal jatuh hati pula pada Suraya. 



Jejak Karmila
Hari: Rabu-Jumaat
Masa: 9.00 Malam
Saluran: TV3 (Slot Zehra)
Pelakon: Fauziah Dato Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Azri Iskandar, Amy Mastura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan