SAKSIKAN sebuah melodrama Korea, Mask yang menampilkan jalan cerita yang cukup menarik dan menghiburkan.
Byun Ji-sook bekerja sebagai kerani jualan di stor jabatan apabila dia tiba-tiba berdepan dengan Doppelgänger, Seo Eun-ha. Pada masa sama keluarga Ji-sook sedang diburu oleh 'ah long' kerana bapanya berhutang dengan mereka.
Sementara itu Eun-ha pula adalah anak perempuan seorang ahli kongres dan tunangnya waris chaebol, Choi Min-woo. Min-woo adalah anak luar nikah pengerusi Kumpulan SJ dan diandaikan waris syarikat dan situasi itu nyata membangkitkan kemarahan kepada isteri pengerusi dan anak perempuannya, Min-woo adik tiri Mi-yeon.
Walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang kaya raya, Min-woo membesar tanpa kasih sayang dan perhatian keluarga dan rakan-rakannya. Tambahan pula perkahwinannya dengan Eun-ha bersandarkan kepada menjaga hubungan baik dan mengembangkan syarikat keluarga mereka semata-mata.
Beliau juga tidak tahu bahawa Eun-ha adalah mempunyai hubungan sulit dengan suami Mi-yeon, iaitu seorang yang suka manipulasi dan bercita-cita tinggi, Min Seok-hoon. Seok-hoon tidak berhenti mempertahankan abang iparnya daripada meraih kejayaan, termasuk bersubahat dengan pakar psikiatri yang kedua ke dalam diri Min-woo dan menjadikan orang berfikir bahawa dia gila.
Bagaimanapun rancangannya tidak berjalan lancar apabila Eun-ha akhirnya mati. Jadi Seok-hoon mengancam dan memberi amaran Ji-sook akan mengambil tempat Eun-ha. Ketika itu Min-woo mula mendekati dan berbaik-baik dengan Ji-sook. Dia hairan dan tertarik dengan isterinya itu dan mula dapat merasai bagaimana berbezanya dia adalah dari apa yang disangkakan.
Mask
Episod: 20
Hari: Isnin-Jumaat
Masa: 5.00 Petang
Saluran: TV2 (Slot Kristal)
Pelakon: Soo Ae, Ju Ji-hoon, Yeon Jung-hoon, Yoo In-young, Jung Dong-hwan
Tiada ulasan:
Catat Komen