18 Jan 2017

KERANA ANISA, ZARA ZYA PAKSA DIRI UNTUK TABAH


DRAMA slot Samarinda, Kerana Anisa mengisahkan mengenai Anisa (Zara Zya) yang dipaksa untuk berkahwin dengan Zahid (Fahrin Ahmad), anak orang kaya di kampungnya. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka. 

Disebabkan tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Namun Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. 




Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa. Dek kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. 

Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajarannya. 




Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa. Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. 



Kerana Anisa
Hari: Isnin-Rabu
Masa: 10.00 Malam
Saluran: TV3 (Slot Samarinda)
Pelakon: Zara Zya, Fahrin Ahmad, Mustaqim Bahadon, Sura Sojangi, Ellie Suriaty, Aman Graseka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan