14 Jan 2017

HINAVA VS KEROPOK, MACAMANA TU?


PLOT kisahnya berkembang dengan watak utama Hisyam, berasal dari Terengganu telah menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam Jurusan Pengajian Seni. Kepekatan loghat Terengganu menyebabkan dia sering menjadi bahan gurauan teman-teman, terutama Shasha, gadis Kadazan-dusun.

Shasha yang bersikap kasar dan ala-ala tomboy tidak pernah mengendahkan kemarahan Hisyam dan akhirnya mereka bermusuh serta saling kata mengata. Keadaan bertambah tegang apabila Wani, rakan sebilik dan sekelasnya menyebelahi Hisyam. Manakala rakan sebilik Hisyam, iaitu Mike pula kurang senang dengan sikap Hisyam yang bersikap kasar dengan Shasha untuk melepaskan geramnya. 

Satu hari Shasha melihat Hisyam memberikan sejumlah wang kepada Wani. Shasha menuduh Wani bersuhabat dengan Hisyam dalam usaha untuk membalas dendam terhadapnya. Hubungan Shasha dan Wani menjadi dingin. 

Shasha menggunakan Mike untuk membalas segala perbuatan Hisyam kepadanya. Mike yang telah lama memendam rasa cinta terhadap Shasha, akur dengan kehendak Shasha dalam usaha untuk menarik perhatian Shasha. 




Satu hari, Mike bergaduh dengan Hisyam. Hisyam yang kecewa, menunggang motor untuk berjumpa dengan Wani tetapi terbabit dalam kemalangan. Hisyam terpaksa dirawat di hospital. Wani yang juga sekampung dengan Mike dan turut menyintai Mike dalam diam, kecewa dengan sikap Mike. 

Wani tahu pergaduhan di antara Hisyam dan Shasha berpunca daripada Mike. Shasha yang mendengar kata-kata Wani, mula terkilan dengan apa yang berlaku. Shasha melawat Hisyam di hospital. 

Hisyam mula menunjukkan sikap mengada-ngada dan meluahkan keinginan untuk menjamah keropok sebelum dia menghembus nafas yang terakhir. Shasha cuba mencari keropok tetapi gagal dan akhirnya dia membawa hinava untuk Hisyam, namun Hisyam menolaknya. 

Shasha terkilan, walaupun keropok dan dan hinava berbeza tetapi ianya berasaskan sumber yang sama - IKAN. Hisyam akur dengan kata-kata Shasha dan akhirnya menjamah hinava yang dibawa oleh Shasha.



Hinava VS Keropok
Tarikh Siaran: 15 Januari 2017
Hari: Ahad
Masa: 10.00 pagi
Saluran: TV1 (Slot Panggung Ahad)
Pelakon: Azam Pitt, Lia Natalia, Redza Hasbi, Shazwani Syahirah, Norlidah Ekalali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan