21 Jan 2017

ANUAR ZAIN BATAL KONSERT


KONSERT Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You yang dijadualkan berlangsung hari ini, 21 Januari 2017, jam 8.00 malam di Panggung Anniversari Taman Tasik Perdana dibatalkan.

Yonder Music selaku pihak penganjur memberitahu, konsert tersebuat terpaksa tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh penyanyi itu.

Anuar menerusi satu siaran media yang diedarkan malam tadi memberitahu terpaksa akur dengan nasihat doktor dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat dan para peminatnya yang telah membeli tiket konsert.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia merupakan satu keputusan yang amat sukar dilakukan. 
"Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya," ujar Anuar.



Kami di Read8DotCom mendoakan agar Anuar kembali sembuh dan dapat meneruskan konsert ini pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan